Sunday, 24 August 2014

make an interview to be fun:)

assalamualaikum and hi readers:)


untuk mengisi masa lapang aku dri terbazir begitu sahaja aku nak share sikit things to do and not to do during an interview..dalam hidup aku dah tiga kali aku ditemuduga...first untuk masuk utp..second untuk ipg and third untuk ukm...dah macam2 pengalaman aku lalui..eceh cakap macam dh pergi berpuluh interview...

so kat sini nak share sikit apa yang aku tahu pasal tingkah laku dan tutur bicara kita sebagai calon temuduga ni...tips ni banyak aku korek dari blog lain jugak..so takpelah kita kongsi sama2...ok now...

1)masuk ketuk pintu
benda ni aku pun ada jugak lupa...main redah bilik orang..nasib interviewer tu tak halau aku keluar and ketuk pintu balik=="masa masuk tu jangan lupa senyum:):)tak lebar pun takpe asal senyum...sejuk hati interviewer tu nanti..

2)duduk bila disuruh
yang ni pun aku tak buat...dia tak suruh lagi aku duduk aku dah duduk...gelabah punya pasal kan...tapi nasib dia ok je...and bila dah duduk tu cakap la terima kasih ke at least...tunjukkan kesopanan anda walaupun di saat itu anda hanya berpura pura:p

3)cakap dengan nada yang sedang2
maksud dia not too loud and not too slow...kuat sngt kang dah macam minah kepoh pulak...slow sangat kang dah macam bisik kan...so agak2 panel tu dengar cukuplaa

4)abaikan panel yang bersikap sinis
ni based on pengalaman aku sendiri masa iv kat ukm dulu...ada satu panel ni punyalah sinis dengan aku sampai rasa mcm nak lepas geram kat situ...semua aku cakap semua dia nak tanya, "yekee??" / "sure ke cam tu??"series geram tapi abaikan je...stick on your opinion..dia pun memang diarahkan jadi camtu agaknya sebab nak tgk kita ni jenis blh kawal keadaan ke tak...heeee

5)duduk bagi selesa
jangan terlalu bongkok and jangan pulak keras macam kayu...and masa duduk elakkan vibate kaki ke...main jari ke...anything yang nampak macam korang tgh gabra...rileks and try to make those panel macam kawan...jadikan suasana masa tu menyelesakan korang and those panel

6)habiskan dengan senyuman n ucapan terima kasih sebelum berlalu pergi...ewahh~~
masa dah habis tu walau macam mana kecewa pun korang dengan prestasi korang atau reaksi dai panel...still give them a smile..nak rasa down pun tunggu keluar dari bilik panel dulu...and dont forget to thanks them...series ckp kesopanan kita pun blh bg impak pada panel even sikit...

aku rasa tu je yg aku nak share...dulu masa aku n iv ukm ayah aku ada bagi stu ayat ni petikan surah al-Imran untuk diamalkan...ayat terakhir yang bermaksud..

"wahai org yg beriman bersabarlah kamu dalam menghadapi kesukaran dan kuatlahkan kesabaran kamu melebihi kesabaran musuh, dan bersedialah kekuatan pertahanan di daerah sempadan serta bertaqwalah kamu supaya kamu berjaya"

kalau korang ada ayat lain untuk diamalkan pun silakan..at least dapat menenangkan jiwa yang tengah gundah tu kan:) insyaAllah kalau niat kita ikhlas, even kalau kita tak berjaya pun kita tetap akan rasa puas sebab kita rasa kita dah buat yang terbaik...cuma takdir Allah tak izinkan kita dapat apa yang kita nak..


sesungguhnya Allah tidak memberi apa yang kita nak tapi Allah akan beri apa yang kita perlu...


Thursday, 14 August 2014

ex lincoln student:(

assalamualaikum and hi semua...

so yeahhh...as stated above aku skrg dah pun menarik diri dari lincoln university college...atas alasan mendapat tawaran dalam bidang pergigian jugak...tapi di ukm..

so now mesti la nak cte pengalaman kat lincoln kan...seriesly lincoln sangat lah seronok..tak tipu...dari part orientasi sampai la ke kelas...semua menggembirakan hati..masa orientasi tu banyak gak program dibuat..ada kena susun daun terup jadi bangunan...ada main explorace...macam2...semua happening...tpi serius memenatkan... sakit kaki tu mmg benda paling asas la...semua student akan mengalami masalah tu..aku smpai tahap jalan bongkok sebab sakit kaki...tapi seminggu tu je nak rasa keseronokan tu semua..hbis je seminggu dah mula kelas yang sngat lah packed..

kelas pun seronok gak sebenarnya..lecturers kat situ semua motherly and fatherly..so caring and so loving...banyak gila nasihat kitorang...mmg bestla...tpi kekadang tu ada gak part mengantuk tu...tahan je la mata yang makin memberat tu...masa aku ada tu kelas start pukul 10 sampai pkul 3/4 camtu..tpi jadual dia akan bertukar tiap minggu...so skrg tak taw pulak cemana

part facilities pulak..ok yang ni paling best...sebab dia is that aku dpat duduk condo dkt dgn one utama..haaa...hbis je orientasi tu, weekendnya tu terus gerak g one utama jalan kaki...mmg heaven je rasa...dgn umah tu full furnished nyaaa..mmg feel feel cam umah org bujang la kann..tapi part yg perit dia nak kena tunggu van hari2 nk p kolej...jarak umah ngn kolej pulak dlm stgh jam perjalanan...so mmg bersempit sikit la dalam van tu..tapi benda tu la yg jdi sweet memory bagi aku...

pedih hati nak tinggalkan lincoln...dgn kawan2 yg sangat happening..lect yg baik2...facilities yg superb...everything is just too lovely to be memories for myself..tapi dets life...wherever i go there will be many bittersweet memories created tpi life must go on...tengs lincoln for teaching me how to make friends and how to adapt with future doctor's life...i will never forget you:):):)





Sunday, 10 August 2014

back to a hectic life

assalamualaikum and hi semua

finally after more than a month tak update blog ,im back again as a student bukan lagi penganggur:)
ehh ehh before that, nak wish selamat hari raya to all readers:):)maaf zahir batin:)baru ada chance nak ucap selamat hari raya...so buzy la before this..haha..

so, now...as stated in the title above, im back to a very hectic life...aku skrg dah balik jadi seorang pelajar universiti..penat dia memang tak payah cakap..plus2 skrg belajar subjek makin susah...so semua benda pun dilaksanakan dengan sangat rush...aku skrg belajar dkt satu ipts and ambik course dentistry...so once dah masuk bidang medical ni, memaang tak boleh harap la nak senang lenang macam masa asasi dulu..

belajar memang susah...even baru introduction tapi dah dapat rasa kepayahan untuk lima tahun ni...spe cakap nak jadi doktor gigi tu senang..meh sini datang jumpa aku...kitorang pun kne belajar apa yang doktor medical belajar taw...seluruh anggota badan tu kitorang belajar jugak..even basic..tapi tetap ada hafal menghafal...mulut orang siap boleh cakap,

"how come dentist blh dpt title dr padahal kerja senang?"

hallluuuu...meh masuk kelas dentistry dulu la bang..then baru blh nak pertikaikan benda tu..tak terfikir ke kenapa medical doctor amik masa lima tahun nak belajar whole part of body tapi dentist amik masa lima tahun belajar bahagian muka je...haaa...tu maknanya dentist lagi susah la tu...okay mohon doctor medical tak marah baca ni..just kidding:)

okay done with learning now pasal yuran kat ipts..since aku ni ddok ipts for sure la yuran mahal..tapi no worry actually sebab ada loan mara...every month boleh dapat sampai 600++ sebulan untuk elaun sara diri sahaja..so memang cukup sangat sebenarnya kalau pandai jimat...pasal duit yuran semua tu takpayah pikir sebab mara dah berurusan dengan pihak u sendiri..so duit tu memang fully hak kita..wuhuuu..so de conclusion is  that masuk ipts is not a problem actually as long as kita boleh dpat loan mara..klu pakai ptptn memang la payah sebab ptptn bagi sikit je..tapi mara bagi sampai RM372,460.00...plus2 nanti lps belajar kita bukan kena bayar semua..kena bayar part of it je..so mmg no problem la:):)

rasa cam cukup dulu kot utk post kali ni...next time aku cte sikit pasal hidup aku skrg..haha...bye readers..thanks for visiting:):):)

Thursday, 26 June 2014

cause i love her too much

assalamualaikum readers:)

HER??

"why her??"
"cause she's de special one laa"

pasal spe yg aku tgh cakap ni senanya..pasangan lesbian kah??HAHAHAMBAR..k k tak..it is actually about my belated friend, Alia Nabilah Binti Kamaruddin:):):)
seorang kawan yang aku sangat sayang,yang aku sangat respect and yang aku sangat kasih dh pergi tinggalkan aku...even dh hampir setahun..tapi dia tetap dalam hati and fikiran aku... banyak benda yang kitorang dah kongsi..even kitorang kenal just tiga tahun..but she is the best buddy i ever had..

rindu...rindu yang teramat sangat...pernah tak rasa??hilang tempat meluahkan perasaan,hilang punching bag,hilang bahu untuk menangis...pedih...sangat pedih..masa aku dapat tahu dia dah takdek setitik air mata pun tak keluar..sebab aku tak caye..aku tak blh terima berita tu..tapi bila ramai kawan msj aku suruh aku uat...baru aku sedar yang Allah dah ambik balik hak Dia yang Dia dah pinjamkan kat aku...luluh jantung bila fikir yang aku takkan dapat tgk senyuman dia dengar gelak tawa dia...sedihnya Tuhan je tahu..tapi aku tak mampu nak buat pape...hanya mampu menangis n menangis n menangis

DULU, kitorang prnah janji nak bukak rumah anak yatim sama2:):)dah siap bubuh nama lagi untuk rumah anak yatim tu...tapi cita-cita tu sekarang dah tergalas dek bahu aku sorang...readers, doakan aku mampu teruskan impian arwah yee..even dia dah takdek tapi semangat dia tetap wujud dalam diri aku:):)


alia, if u were here,syiera nak alia tahu...i love you sooo much...syiera tak penah expect yang alia akan tinggalkan syiera cepat sangat..syiera rindu alia..rindu nak tdo atas katil alia...selongkar loker alia...curi makanan alia barang alia semua...rindu nak hug alia, cium pipi alia..hikkkkss...syiera rindu semua kenangan dengan alia...tag nama syiera pun alia yang simpan..harap ada di tempat yang baik ye:):):)i love you i miss you<3

semoga roh alia dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman:):)

                                                       last picture dgn arwah:):):)

*al-Fatihah untuk arwah alia

Sunday, 22 June 2014

kahwin muda

assalamualaikum and hi semua:)

melihatkan pada title tu..sangat lah memeranjatkan bagi sesiapa yang mengenali diri ini..aicehhh..its not about me actually..it is about people around me..peghhh kecewa sangat kan..HAHA

ok ok back to topic..

kahwin muda..hmm..nowadays aku tengok ramai gila teenagers yang tend to get married awal..bagus jee..at least dapat elak diri buat benda tak elok, dapat bina hubungan halal dengan suami, dapat belajar pikul tanggungjawab...semualah...

and even kawan aku pun ramai je yang dah kahwin even baru 19 tahun O.o
gila tak jealous kan tgk org ni post gambar wedding, yang ni  post gambar honeymoon, yg ni pulak post gmbr ank...and aku...hanya mampu berangan dan terus beangan..HAHA

actually pada aku kahwin muda ni depends pada org..ada yg mampu and ada yg tak...and untuk aku..aku dalam golongan yang tak mampu untuk pikul tanggungjawab sebagai isteri dengan sangat awal...memang dulu aku pernah terfikir nak kahwin muda ni..tapi bila pk balik aku tak yakin aku mampu..ikut akal fikiran mmg senang...

"ALAH...takat jaga makan minum pakai semua je kan.."

cakap mmg senang tapi untuk melaksanakan aku tak mampu rasanya...bangun subuh pun mak abah yg kejut ada hati nak jadi bini org kan =="

so pada aku nak kahwin awal tu boleh..tapi tgk pada diri..mampu ke tak..kahwin ni kalau boleh nak sekali je seumur hidup..tapi kalau dah kahwin hanya atas dasar " eee seronoknya tgk org kawen...nak jugak " tu baik pk berulang ulang kali dulu..mmg benda boleh belajar...tapi cara kita fikir, keputusan yang akan kita amik masa hadapi masalah tu yg mainkan peranan yang paling penting dalam perkahwinan ni...and ni lah sebab aku tak boleh kahwin awal..HAHA..aku panas baran..sangat panas baran...even L cool orangnya tapi takkan selamanya dia nak tahan dgn mulut aku kan???so aku kena slowly kawal baran aku smpai aku yakin aku boleh hadap semua masalah lepas kawen dengan baik..  ecehhhhh~~

so de conclusion here is kahwin muda sangat digalakkan..untuk elak benda yang tak elok..tapi kena pastikan diri dah sedia dengan segala naik turun bahtera perkahwinan tu nanti..

ikhlas dari si bujang,
<blink>syiera si cantik manis</blink>
hikssss

                                                perkahwinan idaman cik putri nur syiera<3

                      
                                                             *ihsan google semata:P

                                                                      the dress:)
                                                                     the ceremony:)

                                                                        the ring:)




first post : my life as an assasian student:)

assalamualaikum and hi semua:)
so first of all..this is my very first post..memandangkan aku baru je hbis asasi and takdek bnde nak buat,aku pon mula mencari hobi baru which is starting to make a blog..weehuuu~~
hmm hmm...

so, apa yang aku nak cerita kali ni is pasal kehidupan aku masa dekat asasi..seriously..it is a very tough moment..kat sini lah tempat nak belajar macam mana nak urus masa dengan betul n how to study smart tanpa mengharapkan bantuan orang sngt..first2 dpt asasi ni aku ingat takdeklah susah mana sebab masa sekolah menengah dulu pon aku kemain gigih pulun nk bg stret A..even tk dpt pon sebenanya :(
  
but then bila dah masuk sini baru aku thu yg sini lagi much more harder...dgn berbekalkan 14 minggu kau kne catch up semua enam subjek yg mengandungi berbelas subtopik dan masuk week 16 kau trus masuk dewan exam dan luahkan apa yang kau dah belajar...seems senang..but then bila kau dah hadap baru kau tahu cemana susahnya...tpi part belajar ni je yang payah...sebab dengan 14 minggu tu kau kne hadap pelbagai jenis assignment, presentation, report n also tutor...tapi selain study semuaaaa best...dri facilities ke lecturers, dari frens ke activity mentor-mentee..semua lahhhh...enjoyable:)

copp copp ...

except stu...lif yg tk pernah nak elok semua..kalau kau masuk kelas lambat dan berharap ada keajaiban dtg di mana kau blh terus masuk lif utk jimat masa kau...ternyata kau salah...kau tunggu lah situ dgn harapan lif tu kosong tiap kali terbukak...dah lah akan elok 2 je daripada 4..k stop complaining..haha

pape pon...palam memang best..it teach me how to become wiser,tougher, and more matured...aicewaaaaa~~~ so for those junior yang bakal masuk palam... welcome to a new life where tears n laugh mixed up to become a very sweet moment...all de best guysss*.*